BREAD FOR LOVE - LEBIH RM2 JUTA MANFAAT BUAT MENERIMA BANTUAN

Alhamdulillah, Aman Palestin berjaya melaksanakan projek agihan bungkusan roti bagi masyarakat di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman hasil daripada pembayaran fidyah para pembayar fidyah melalui Aman Palestin.

 

Anggaran sebanyak USD$500,000 (RM2,063,900) telah diperuntukkan untuk agihan bungkusan roti sempena bulan Ramadan ini dan pecahan kawasan adalah seperti berikut:

✅ YAMAN = USD$50,000 (RM206,390)

✅ GAZA = USD$200,000 (RM825,560)

✅ TEBING BARAT =USD$50,000 (RM206,390)

✅ SYRIA = USD$100,000 (RM412,780)

✅ LUBNAN = USD$100,000 (RM412,780)

 

=====================

🚨 JUMLAH: RM2,063,900

=====================

Bread For Love ini amat bermakna bagi seluruh masyarakat yang menerima manfaat dan sumbangan ini memberi fokus kepada rakyat yang termiskin, keluarga yatim, warga kurang upaya dan warga emas.

 

Inshaa Allah akan lebih banyak lagi agihan yang akan dilakukan buat warga Palestin, Syria dan Yaman terutamanya bagi kempen Ramadan Bersama anjuran Aman Palestin. Terima kasih para penyumbang yang sentiasa bersama-sama Aman Palestin dalam projek-projek yang dilaksanakan.

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin