BULAN APRIL MEMPERINGATKAN KITA KEPADA PARA SYAHID PALESTIN

22 April, 2021

Pada bulan April, wajib untuk kita mengetahui 2 peristiwa yang menjadi titik hitam dalam sejarah Islam zaman ini.

 

1. Tragedi Jenin

 

Pada tarikh 3 hingga 12 April 2002, lebih 500 warga Palestin telah dilaporkan syahid akibat serangan yang dilakukan oleh Tentera Rejim israel ke atas kem pelarian jenin yang ketika itu dihuni oleh ribuan rakyat Palestin. lebih menyedihkan apabila serangan ini hanya mampu disaksikan oleh seluruh negara tanpa ada satu negara pun bertindak mempertahankan nasib mangsa serangan terutamanya negara-negara Islam yang berhampiran dengan Palestin.

 

2. Pembunuhan Rakyat di Deir Yassin

 

Pembunuhan rakyat di Deir Yassin pada 9 April 1948 adalah satu tragedi hitam yang tidak dapat dilupakan apabila lebih 120 ahli pertubuhan militan yahudi menyerbu perkampungan Deir Yassin dan membunuh lebih 250 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak. Tragedi inilah yang paling menyayat hati apabila mereka yang terkorban dipotong badan, dirogol dan dibawa mengelilingi sekitar perkampungan sebelum diragut nyawanya. Pada asalnya perkampungan ini adalah perkampungan yang amat tenang, namun usaha merampas tanah Palestin amat kuat sehingga rakyat Palestin dilayan seperti binatang, yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan Israel sebagai sebuah negara.

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin