BULAN RAMADAN SEBAGAI SYAHRUL QURAN BUAT UMAT ISLAM

17 Ramadan setiap tahun di tahun Hijrah, diingatkan umat Islam seluruh dunia dengan Al-Quran melalui satu hari yang cukup memberikan keinsafan kepada kita iaitu hari Nuzul Quran. Dalam bulan Ramadan juga, bulan ini sinonim dengan nama lainnya Syahrul Quran (Bulan Al-Quran).

 

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang batil" (Al-Baqarah : 185)

 

Dalam bulan ini jugalah turunnya Al-Quran yang sehingga ke hari ini dipelihara setiap mushafnya, tulisannya, setiap huruf dan makhrajnya dan ia masih kekal seperti apa yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dari Allah SWT. Maka setiap ayat di dalam Al-Quran sudah pasti terdapat ilmu dan didikan yang sewajibnya kita lazimi dalam kehidupan seharian kita.

 

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya

(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin