Cabaran Anak-Anak Syria Menuntut Ilmu Dalam Fasiliti Serba kekurangan

18 November, 2021

Miftahul Khair | 18 November 2021, 4.00 PM

LUBNAN - Anak-anak Palestin, Syria dan Yaman kini berada dalam fasa yang mencabar apabila sektor pendidikan di negara mereka tidak dapat memberi manfaat yang besar dalam perkembangan pendidikan ditambah lagi dengan fasiliti yang serba kekurangan.

Tinjauan Aman Palestin ke kem-kem pelarian Syria di Lubnan mendapati kanak-kanak di sana hanya berbekalkan buku yang terhad dan kelas yang kecil di sekolah mereka. Penggunaan teknologi bagi tujuan pendidikan amat jauh sekali untuk disediakan berikutan kos yang mahal dan tidak mampu ditanggung oleh pihak sekolah.

UNICEF juga mengeluarkan kenyataan mengenai sektor pendidikan di Syria dengan menyatakan lebih 2.4 juta kanak-kanak Syria tidak mampu hadir ke sekolah. Di Syria, nisbah satu daripada tiga sekolah di sana tidak lagi boleh digunakan berikutan struktur bangunan sekolah yang telah musnah akibat peperangan.

 

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin