CHECKLIST RAMADAN: CABARAN SEDEKAH SUBUH 465

13 April, 2021

Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam berusaha mempertingkatkan amalan kita khususnya dalam bulan Ramadan yang baru saja menemui kita. Salah satu amalan kebaikan yang mampu untuk kita lakukan seharian adalah dengan bersedekah.

 

Aman Palestin telah memperkenalkan program CABARAN SEDEKAH SUBUH 465 yang membuka ruang dan peluang masyarakat memberikan sumbangan secara istiqamah dan meningkat. Dengan permulaan hari pertama Ramadan sebanyak RM1 dan terus meningkat hari demi hari, maka cukuplah untuk kita bersedekah sebanyak RM465 sebulan dalam keadaan kita istiqamah dalam bersedekah.

 

Program ini tidak lain adalah untuk mendidik kita lebih berdisiplin dalam bersedekah. Dalam masa yang sama, amalan kebaikan yang istiqamah juga mencerminkan diri seorang mukmin yang berjaya menjadikan Ramadan sebagai bulan tarbiah buat diri mereka.

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin