COVID-19 ADALAH ISU GLOBAL YANG PERLU KITA TANGANI BERSAMA

15 January, 2021

Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan semula di negeri-negeri tertentu dan ia merupakan satu arahan dari kerajaan Malaysia untuk membendung penularan COVID-19.

Susulan PKP tersebut, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah juga telah bertitah untuk pelaksanaan proklamasi darurat di seluruh negara sebagai usaha besar dalam membendung penularan wabak pandemik ini.

Segala perintah yang telah dikeluarkan khususnya daripada titah sultan adalah wajib untuk kita ikuti sebagai langkah kebersamaan kita dalam mengangani wabak pandemik, tidak kita parti politik, ahli perniagaan, pekerja, pelajar mahupun orang awam.

Pada waktu inilah masanya untuk kita menunjukkan kebersamaan dalam menangani isu global ini dan sememangnya kita masih belum menang, namun kita juga tidak kalah.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin