DATUK BANDAR DISERANG KETIKA USAHA SELAMATKAN KANAK-KANAK PALESTIN

Orang kenamaan di Palestin tidak terkecuali daripada serangan yang dilakukan oleh penduduk haram Israel. Datuk Bandar Sebastia juga menerima tekanan yang sama apabila beliau diserang ketika berusaha menyelamatkan kanak-kanak Palestin daripada cubaan memukul dan menculik di bandar arkeologi di Nablus, Tebing Barat.

 

Datuk Bandar Sebastia, Mohammed Azem menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel yang berada di tempat kejadian ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya berdiam diri apabila beliau menerima serangan daripada penduduk haram Israel.

 

Serangan-serangan sebegini dianggap sudah biasa oleh warga Palestin dan pelakunya amat jarang untuk menerima hukuman akibat perbuatan mereka. Sehingga ke hari ini, kebebasan untuk warga Palestin semakin hilang.

 

Sumber: ISMAweb / Agensi

 

======================

 

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

 

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin