"DEATH OF ARAB" DILAUNGKAN PENDUDUK HARAM ISRAEL DI MASJID AL-AQSA

Ketegangan berlaku di Masjid Al-Aqsa apabila Masjid Al-Aqsa diserang oleh penduduk haram israel dan melaungkan perkataan "death of Arab" terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis ketika itu.

 

Serangan tersebut berlaku pada malam semalam waktu Gaza dan penduduk haram israel tersebut dipercayai golongan ekstrimis yang datang dari Jaffa untuk tujuan menghalau rakyat Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

 

Seramai 78 warga Palestin mengalami kecederaan dalam serangan tersebut dan 15 daripadanya mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan di hospital. Serangan ini sememangnya telah dijangka akan berlaku semasa bulan Ramadan tetapi tidak menyangka bahawa serangan tersebut dilakukan dengan ratusan ekstrimis yahudi.

 

Sumber: Days of Palestine

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin