Hamas: Israel Jangan Sangka Kami Berdiam Diri

Mohd Qutaibah Ismail | 24 Februari 2022, 11.49 AM 

PALESTIN - Jurucakap Hamas, Muhammad Hamadeh, menegaskan kepada Israel bahawa usaha  menentang Israel akan kekal berterusan bahkan semakin meningkat dan penjajah tersilap sekiranya merasakan mereka tidak akan membayar harga yang mahal andai berlaku sebarang pencerobohan terhadap rakyat kita di Baitulmaqdis. 

Dalam temu bual bersama TV Al-Aqsa, Hamadeh berkata bahawa satu projek yang diketuai oleh Hamas adalah untuk membebaskan tanah Palestin, menunjukkan bahawa penjajah tahu bahawa HAMAS bersedia  menyokong rakyat kita di Baitulmaqdis dan menyucikan Al- Masjidil Aqsa. 

Hamadeh memuji keberanian para revolusi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, menjelaskan bahawa penangguhan Israel terhadap pemindahan keluarga Salem dari kejiranan Sheikh Jarrah menandakan kekalahan kemahuan mereka di hadapan kehendak dan keteguhan rakyat kita di Baitulmaqdis. 

Beliau menegaskan bahawa penjajah tidak akan berjaya mengelak dari memenuhi kehendak rakyat kita dan mereka takut tercetusnya pertempuran berdasarkan apa yang berlaku di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah. Mereka akan berundur apabila mendapati mereka perlu membayar harganya.  

Beliau turut memberi amaran bahawa petempatan itu bertujuan untuk menggantikan penduduk Baitulmaqdis bagi mewujudkan realiti demografi, tetapi mereka tidak akan berjaya dalam hal itu.  Hamadeh menyatakan bahawa beberapa aktiviti akan dijalankan melalui acara antarabangsa iaitu أسبوع القدس العالمي (Minggu Baitulmuqaddis Antarabangsa) sebagai solidariti terhadap kota Baitulmaqdis dan meningkatkan perjuangannya. 

Beliau menjelaskan bahawa “Minggu Baitulmaqdis Antarabangsa” mengesahkan bahawa isu Baitulmaqdis adalah identiti, sejarah, kompas konflik dan intipatinya. Rakyat kita dan pemuda yang memberontak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis bersedia untuk menentang penjajahan Zionis. Kehendak orang kita akan melanggar segala sekatan.

Jurucakap Hamas, Muhammad Hamadeh, menegaskan kepada Israel bahawa usaha para pejuang Palestin untuk menentang Israel akan kekal berterusan bahkan semakin meningkat dan penjajah tersilap sekiranya merasakan merekatidak akan menerima akibat apa-apa atas serangan mereka terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis. 

Dalam temu bual bersama TV Al-Aqsa, Hamadeh berkata bahawa misi projek yang diketuai oleh Hamas adalah untuk membebaskan tanah suci Palestin dan mereka sentiasa bersedia untuk membela rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan mensucikan Masjidil Aqsa daripada kesan jijik Israel.

Hamadeh memuji keberanian para aktivis di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dan menjelaskan bahawa penangguhan Israel terhadap pengusiran keluarga Salem dari kejiranan Sheikh Jarrah menandakan lemahnya kekuatan mereka di hadapan kehebatan dan keteguhan rakyat Palestin di Baitulmaqdis. 

Beliau menegaskan bahawa penjajah tidak akan berjaya mengelak daripada menghadapi kekuatan rakyat Palestin. Mereka takut tercetusnya pertempuran berdasarkan apa yang berlaku di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan akan berundur apabila mendapati mereka perlu menghadapi akibatnya.  

Beliau turut memberi amaran bahawa petempatan itu bertujuan untuk menggantikan penduduk Baitulmaqdis bagi mewujudkan perubahan demografi baru tetapi mereka pasti tidak akan berjaya. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin