Hamas Kutuk Serangan Israel Ke Atas Gaza

Ibrahim Azran | 24 Ogos 2021, 8.30 AM

GAZA - Pemimpin Hamas, Ismail Ridwan menyatakan bahawa serangan Israel ke atas beberapa lokasi dan tanah kosong di Gaza membuktikan Israel sudah tidak keruan dan gagal untuk berhadapan dengan keteguhan rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan media, Ismail menambah bahawa penentangan rakyat Palestin akan berjaya menggagalkan rancangan Israel.

“Kami akan teruskan perjuangan. Serangan Israel itu hanya menambah keazaman dan tekad kami untuk menebus hak-hak kami. Pedang Al-Quds akan terus dihunus,” katanya.

Malam tadi, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di genting Gaza. - Shehab Agency

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin