INTIPATI USAHA MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KEMAMAN, TEMERLOH DAN KLUANG

15 January, 2021

Pergerakan pasukan misi bantuan pada 14 Januari 2021 semalam membuka satu lembaran baru dalam usaha membantu mereka yang memerlukan bantuan pada permulaan tahun 2021.

Mengambil kira mereka yang terjejas akibat banjir besar, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira, Yayasan Maghfirah dan Relawan Muda memulakan pergerakan mengagihkan bantuan di Kemaman Terengganu, Temerloh Pahang dan Kluang Johor.

Tujuan misi ini tidak lain adalah untuk memberikan harapan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir untuk kembali semangat menjalani kehidupan seperti biasa.

Meskipun bantuan yang diagihkan masih tidak dapat mencapai tahap menyeluruh, pasukan misi melihat harapan besar untuk memberikan yang terbaik buat mangsa-mangsa banjir jika seluruh masyarakat terus memberikan sokongan dan bantuan melalui Aman Palestin.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin