Ismail Haniyeh Hubungi Keluarga Saed Siyam, Kenang Jasa Perjuangan

Faris Zalani | 16 Januari 2022 4.03 PM

Ketua Biro Politik Gerakan Islam Hamas, Ismail Haniyeh menelefon keluarga As-Syahid Saed Siyam sempena memperingati kematian beliau 13 tahun yang lalu. 

Antara intipati dalam perbualan tersebut, Ismail Haniyeh mengenang kembali jasa dan peranan Saed Siyam dalam kerajaan dan gerakan Hamas. Beliau juga memuji Saed  kerana pendirian dan ketegasan beliau dalam menjaga dan mempertahankan tanah airnya ketika menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan ahli biro politik. 

Manakala pada perbualan telefonnya yang lepas bersama keluarga Assyahid Nizar Rayyan, Ismail Haniyeh juga mengenang kembali jasa-jasa seorang ulama yang hanya menghabiskan umur hidupnya dengan menyebar ilmu dan jihad pada jalan Allah sehingga beliau dianugerahkan dengan mati syahid.

Ismail Haniyeh menegaskan, bahawa gerakan Hamas akan berjalan diatas jalan yang sama dilalui oleh Saed Siyam dan Nizar Rayyan dan akan diteruskan lagi oleh generasi yang terkemudian sehingga Al Aqsa bebas daripada cengkaman penjajah. - Shehab News

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin