Israel Serang Gaza, Dakwa Gaza Belon Api

Ibrahim Azran | 24 Ogos 2021, 7.45 pagi

 

GAZA - Pesawat Israel menyerang ganas  beberapa lokasi di genting Gaza malam tadi. Wartawan Shehab melaporkan bahawa pesawat mensasarkan lokasi mujahidin dan beberapa tanah pertanian di genting Gaza itu.

 

Di Khan Yunis, pesawat Israel mensasarkan lokasi mujahidin di Qadisiyah, Gaza. Di timur Qadisiyah, pesawat Israel menyerang tanah pertanian berhampiran di kawasan Al-Fukhari.

 

Wartawan Shehab menambah, pesawat Israel juga mensasarkan tanah pertanian di kawasan Al-Saudah di timur Gaza. Dalam masa yang sama, serangan juga turut disasarkan ke arah tanah pertanian di timur kem Jabalia, utara Gaza.

 

Mujahidin Palestin membuat serangan balas ke atas pesawat Israel dengan senjata anti-pesawat di utara Gaza.

 

Jurucakap tentera Israel mendakwa, “ Serangan udara Israel ditujukan kepada Hamas di Gaza kerana tindak balas kepada serangan belon api yang dilancarkan dari Gaza beberapa hari lalu”. - Shehab Agency

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin