JUMAAT TERAKHIR BULAN SYAABAN SEBELUM MASUKNYA RAMADAN

9 April, 2021

Pada hari Jumaat yang seluruh umat Islam rasai hari ini, sewajibnya kita untuk mendidik kita untuk lebih memperbanyakkan amalan dan melatih diri untuk sentiasa melaksanakan perkara-perkara yang merapatkan lagi diri dengan Allah SWT.

 

Salah satu keistimewaan hari Jumaat adalah terdapat satu waktu yang mustajab untuk umat Islam berdoa. Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:

Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”

Riwayat al-Bukhari (893) dan Muslim (852)

 

Hari Jumaat merupakan rezeki dan nikmat yang terbesar Allah SWT berikan kepada seluruh umat Islam. Pada hari ini jugalah diciptakan Nabi Adam AS dan juga pada hari jumaat jugalah hari kiamat akan berlaku. Sebagai umat Islam yang sentiasa berserah kepada Allah SWT, gunakanlah masa pada hari Jumaat ini untuk kita beribadah bersolat jemaah, berzikir dan selawat serta membaca Al-Quran. Mudah-mudahan setiap amalan kita pada hari ini diterima Allah SWT.

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin