KEMERIAHAN RAMADAN DI PALESTIN DISAMBUT DENGAN LAMPU HIAS

Hanya beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menempuhi satu bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadan. Bukan sekadar kita di tanah air yang ingin menyambut Ramadan dengan sambutan terbaik, malah mereka yang berada di Palestin, Syria dan Yaman juga berusaha untuk menjadikan Ramadan tahun ini Ramadan yang terbaik.

 

Di Bab Huta, Baitulmaqdis, umat Islam di sana sudah mula memasang lampu hias yang setiap tahun mereka pasang sepanjang bulan Ramadan. Bulan Ramadan lah bulan yang sepatutnya disambut lebih meriah berbanding bulan Syawal. Dalam masa yang sama, bulan Ramadan inilah peluang untuk seluruh umat Islam beribadah dengan ibadah yang terbaik.

 

Kepada seluruh umat Islam, warga kerja Aman Palestin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang mampu merapatkan lagi saf perjuangan kita dengan rakyat Palestin, Syria dan Yaman.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin