KETERUJAAN UMAT ISLAM MENYAMBUT BULAN RAMADAN NORMAL BAHARU

Dengan kesempatan yang diberi Allah SWT pada tahun ini, seluruh umat Islam sudah pasti tertunggu-tunggu tibanya bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan terbaik untuk melaksanakan ibadah mendekati Allah SWT. Namun dalam keterujaan kita menyambut Ramadan, sudah pasti beberapa perkara yang perlu kita patuhi ketika ini semasa berhadapan wabak pandemik.

 

Jika sebelum ini kita rapatkan saf semasa solat di masjid / surau, ketika ini kita perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk menjarakkan kedudukan kita dengan jemaah lain 1 meter sebagai satu langkah berwaspada sekiranya terdapat jemaah yang berisiko positif COVID-19 dan mempunyai gejala.

 

Jika sebelum ini kita pergi ke bazar tanpa sebarang penjarakan sosial, kini kita perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk terus memakai pelitup muka sepanjang di kawasan yang ramai pengunjung dan mengekalkan jarak 1 meter sebagai langkah waspada.

 

Kita masih boleh meraikan Ramadan dengan meriah dengan cara kita menjadikan perkara-perkara normal baharu ini sebagai amalan dan memandang ia sebagai satu hikmah buat diri kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar wabak yang melanda ketika ini diangkat dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa rasa takut akan wabak yang melanda.


======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin