KITA SUDAH MEMASUKI SEPULUH HARI KEDUA BULAN RAMADAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memanjangkan hayat kita untuk memasuki sepuluh hari yang kedua dalam bulan Ramadan. Sudah pasti ada di antara kita yang sudah tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

 

Namun, sebagai umat Islam yang sentiasa mahu merasakan kecintaan kepada bulan Ramadan, wajib untuk kita sentiasa melazimi hidup di bulan Ramadan dengan amalan kebaikan antaranya dengan bersolat sunat di malam hari, membaca Al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan kebaikan yang lain.

 

Di dalam bulan Ramadan juga, ada satu malam yang sentiasa dinantikan umat Islam iaitu malam Lailatulqadr. Pada malam tersebut, mereka yang dapat merasainya akan merasakan bahawa malam tersebut adalah malam yang paling tenang dan paling dekat dengan Allah SWT. Sudah pasti mereka yang mampu bertemu malam Lailatulqadr ini adalah mereka yang sentiasa berusaha mempertingkatkan amalnya.

 

Semoga kita sentiasa berada dalam kalangan umat yang beruntung dan kita doakan semoga kita dielakkan daripada menjadi golongan yang rugi.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin