KOTAK MAKANAN BUAT 19,650 WARGA GAZA SEPANJANG RAMADAN

Alhamdulillah, dengan peluang yang diberi, Aman Palestin telah memulakan usaha agihan kotak makanan yang akan memberi manfaat kepada 19,650 warga Palestin di Gaza dan ia merupakan satu sumbangan yang cukup besar daripada seluruh para penyumbang.

 

Kotak makanan ini diagihkan buat warga Palestin di Gaza tidak lain adalah untuk memberikan sedikit kesenangan buat mereka yang kesusahan di sana ditambah lagi terdapat keluarga yang telah kehilangan ketua keluarga dan kehilangan mata pencarian. Bantuan inilah yang membantu mereka menarik nafas lega setelah berhempas pulas mencari ikhtiar hidup.

 

Kawasan yang mendapat manfaat termasuk di The Islamic Society, Al-Mujamma dan Dar Al-Yateem. Ketiga-tiga kawasan ini merupakan antara kawasan yang mempunyai jumlah penduduk serba kekurangan yang ramai dan Aman Palestin melihat bahawa mereka ini wajib untuk kita bantu.

 

Terima kasih para penyumbang!

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin