LAGI SERANGAN REJIM ASSAD KE ATAS PENDUDUK AWAM SYRIA

6 January, 2021

Dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera rejim Assad di Damsyik, sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terkorban dalam siri serangan tersebut dan menyebabkan Damsyik menjadi satu tempat yang menjadi sasaran serangan.

Serangan tersebut dlancarkan sejak awal Disember tahun lalu dan menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Bashar Al-Assad mengumpulkan sejumlah besar tenteranya untuk melakukan serangan dan menyerbu penempatan di Al-Dahiyah, Daraa.

Syria yang mula melakukan penindasan ke atas rakyatnya pada Mac 2011 telah memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan sosial rakyat di sana malah ia turut mengubah demografi penduduk Syria dengan menyimpan rakyat yang menyokong pemerintahan Assad dan menghalau mereka yang menentang.

Sumber: Agensi / ISMAweb

 

======================

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin