LAUNGAN AZAN DIHALANG, JUADAH IFTAR DIRAMPAS PETUGAS ISRAEL

Sheikh Muhammad Hussein, Mufti Besar Baitulmaqdis dan juga Imam masjid Al-Aqsa menyeru seluruh negara-negara islam untuk mendesak Israel supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Beliau menegaskan hal ini berikutan pelbagai kes yang berlaku di Masjid Al-Aqsa.

 

Terbaru, umat Islam dihalang untuk melaungkan azan di Masjid Al-Aqsa dengan menutup empat menara dan minaret (tempat muazzin melaungkan azan) yang menyebabkan azan tidak berkumandang di Masjid Al-Aqsa. Tambahan lagi, wayar elektrik bagi pembesar suara masjid juga dipotong bagi menghalang azan dilaungkan.

 

Tidak cukup dengan itu, juadah berbuka puasa yang diagihkan di Masjid Al-Aqsa juga turut dirampas dan mengugut penduduk Palestin dengan ugutan akan menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari terakhir bulan Ramadan.

 

Hal inilah yang amat membangkitkan kemarahan rakyat Palestin. Namun mereka tidak dapat melakukan sebarang tindakan apabila mereka berhadapan dengan tentera rejim Israel dan Polis Israel yang lengkap dengan senjata api.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin