LEBIH 200 SERANGAN BOM DI SYRIA SEJAK BERMULANYA RAMADAN 2021

Syrian Response Coordination Group menyatakan dalam laporan yang dikeluarkan, sebanyak lebih 200 kekejaman dilakukan ke atas rakyat Syria dan ia dilakukan oleh Rejim Bashar Al-Assad dan Tentera Rusia. Serangan ini sememangnya ditujukan kepada mereka yang tidak menyokong kepimpinan Rejim Assad dan jumlah ini adalah jumlah yang amat besar kerana ia berlaku hanya dalam 2 minggu permulaan Ramadan.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan juga, sebanyak 101 kekejaman yang dilakukan Rejim Assad dan Tentera Rusia di Idlib, 41 di Hama, 38 di Latakia dan 28 kes kekejaman di Aleppo.

 

Sekurang-kurangnya 562,000 rakyat Syria yang telah dipindahkan pulang semula ke kampung mereka di Aleppo dan Idlib berikutan pelanggaran perintah gencatan senjata di antara Turki dengan Syria pada Mac 2020.

 

Bermula daripada awal tahun 2021 sehingga hari ini, sebanyak 323 serangan udara dilancarkan oleh Tentera rejim Assad ke atas penempatan awam Syria.

 

Sumber: Middle East Monitor 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin