Libya Teruskan Sokongan Terhadap Palestin

Rusydan Yusup | 24 Februari 2022, 10.45 AM

LIBYA - Naib Presiden Majlis Presiden (PC) Libya, Abdullah Al-Lafi, telah mengesahkan sokongan berterusan Libya terhadap perjuangan Palestin, hak rakyat Palestin yang berada di luar negara untuk pulang kembali ke Palestin, dan hak menubuhkan negara merdeka dengan Al-Quds sebagai ibu kotanya.

Al-Lafi menghubungi Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh melalui panggilan telefon, semasa pertemuannya dengan Duta Besar Palestin ke Libya, Muhammad Rahal.

Pertemuan itu menyaksikan kedua-dua pihak membuat penelitian mengenai situasi di Palestin dan peningkatan serangan Israel terhadap rakyat Palestin ketika kebimbangan global tertumpu kepada krisis antara Rusia-Ukraine.

Duta Besar Rahal memuji sokongan Libya terhadap Palestin, dan berharap kejayaan pilihan raya Libya dalam  mencapai kestabilan dan membolehkan Libya menggunakan keberadaannya di tanah Arab dan kawasan serantau untuk menggencarkan usaha perjuangan Palestin. - The Libya Observer

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin