MASIH RAMAI MANGSA BANJIR YANG MEMERLUKAN BANTUAN

Kunjungan peserta misi sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir 2021 ke Kemaman, Temerloh dan Kluang memberikan gambaran yang amat luas mengenai masalah banjir yang berlaku di sana.

Misi yang diketuai oleh En. Nik Muhammad Rafie, Ketua Komanden Kelab Perwira sempat berkongsi keadaan mangsa banjir di tempat-tempat tersebut.

"Kita dapat melihat beberapa kawasan yang sememangnya memerlukan bantuan yang amat banyak, antaranya rumah yang dihanyutkan banjir, kenderaan yang rosak, tidak dilupakan juga harta benda yang rosak," menurut En. Nik Muhammad Rafie.

Operasi pembersihan akan mengambil masa yang lama jika membiarkan tuan rumah sahaja yang membersihkannya. Begitu juga dengan sumber bekalan asas yang diperlukan akibat mangsa banjir yang tidak dapat menjalankan aktiviti mencari rezeki.

Bagi mereka yang ingin turut serta memberikan bantuan buat mangsa banjir, hubungi Pejabat Kelab Perwira di nombor 03-89258751, talian whatsapp 013-4877018 dan E-mail pentadbiranperwira48@gmail.com

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin