MASJID SYEIKH 'IJLIN SATU HARAPAN BESAR BUAT WARGA PALESTIN

Pada 7 April 2021, satu acara telah dilaksanakan sebagai satu simbol bermulanya pembinaan Masjid Syeikh 'Ijlin, Gaza iaitu acara Perletakan Batu Pertama Masjid Syeikh 'Ijlin. Acara itu dikendalikan oleh Aman Palestin Indonesia dengan dihadiri oleh Gabenor Jawa Barat, Mochamad Ridwan Kamil, ST.,M.Ud dan dihadiri jemputan-jemputan kenamaan di bahagian kedutaan dan kerajaan Indonesia.

 

Perletakan Batu Pertama Masjid Syeikh 'Ijlin dirasmikan oleh Gabenor Jawa Barat, Mochamad Ridwan Kamil, ST.,M.Ud dan beliau merupakan arkitek yang mengendalikan reka bentuk bangunan bagi Masjid Syeikh 'Ijlin. Projek ini juga merupakan projek utama yang dikendalikan oleh Aman Palestin Indonesia untuk menarik lebih ramai warga Indonesia yang ingin bersama-sama membantu warga Palestin.

 

Menjadi harapan besar buat seluruh warga Palestin apabila lebih ramai rakyat Indonesia yang menyumbangkan bantuan dan mendaftarkan diri sebagai pemberi wakaf bagi masjid tersebut. Tujuan pembinaan masjid ini tidak lain adalah untuk memberi ruang dan peluang yang lebih luas untuk rakyat Palestin di Gaza melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk agama khususnya solat berjemaah, tadarus dan pengajian al-Quran, kelas agama dan aktiviti-aktiviti lain.

 

#AmanPalestin

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin