Memorandum Persefahaman Qatar-PBB Dalam Pengagihan Bantuan ke Gaza

Mohd Qutaibah Ismail | 20 Ogos 2021, 10.36 AM

 

Jawatankuasa Pembangunan Semula Gaza di Qatar mengumumkan penandatanganan memorandum persefahaman dengan PBB yang diwakili oleh Encik Tor Wencesland, Penyelaras Khas PBB untuk Proses Perdamaian Timur Tengah.  

Duta Besar Qatar Mohammed Al-Emadi dalam satu kenyataan menegaskan bahawa memorandum ini termasuk pengagihan bantuan dari Negara Qatar kepada keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza. 

Beliau turut mengatakan dana bantuan akan diagihkan sebelum akhir bulan Ogos dan pihaknya akan mula mengagihkannya pada bulan September.

Kira-kira 100,000 keluarga yang memerlukan di wilayah Gaza akan menerima bantuan ini setiap bulan, dengan biaya $100 per keluarga secara tunai melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Program Makanan Sedunia.

Segala usaha yang baik wajar diberi penghargaan dan disebarluaskan kepada dunia. - Shehab Agency

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin