MENARA MASJID DITUTUP DAN UMAT ISLAM DIHALANG MELAUNGKAN AZAN

15 April, 2021

Terbaru polis israel telah bertindak mengunci empat menara di masjid Al-Aqsa dan tindakan tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Jordan selaku negara yang bertanggungjawab ke atas masjid Al-Aqsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan israel mengunci empat menara tersebut.

 

Akibat daripada penutupan empat menara tersebut, umat Islam di Masjid Al-Aqsa dihalang daripada melaungkan azan. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan, Daifallah Al-Fayez menyifatkan tindakan Israel itu sebagai suatu provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia, selain pelanggaran undang-undang antarabangsa dan status quo sejarah.

 

Pada tahun 2017 yang lalu, Israel telah memasang pagar elektronik yang menyebabkan warga Palestin semakin sukar untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. pada tahun ini, provokasi terhadap umat Islam di Palestin diteruskan dengan menghalang umat Islam untuk melaungkan azan di Masjid Al-Aqsa.

 

Sumber: ISMAweb / Agensi

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin