MENJADIKAN RUMAH SEBAGAI TAMAN SYURGA TANGGUNGJAWAB KITA

25 January, 2021

Sebuah rumah yang dihuni tidak lengkap dengan sebuah keluarga, ditambah lagi dengan keluarga yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Namun, untuk mendapat keberkatan dalam rumah yang kita duduki, pentingnya kita menjadikan rumah kita sebagai taman syurga.

Amalan yang boleh menjadikan rumah kita sebagai taman syurga adalah dengan sentiasa melaksanakan solat jemaah, sentiasa membaca Al-Quran, menjadikan rumah sebagai tempat perkongsian ilmu yang bermanfaat dan ahli keluarga yang taat ajaran Allah SWT.

Rumah yang diberkati dan dirahmati hanya dapat dirasai dengan perasaan yang tenang, keluarga yang bahagia, bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dan jiwa semakin bersemangat dalam beribadah.

Jadikanlah rumah kita sebagai taman syurga, dengan harapan ia sebagai satu jambatan mudah untuk kita menuju ke syurga Allah yang kekal abadi.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin