Pendatang Haram Yahudi Ganggu Ketenteraman Rakyat Palestin

Rusydan Yusup | 16 Ogos 2021, 9.36 PM

 

NABLUS - Penduduk haram Israel hari ini menyerang kediaman penduduk Palestin di sebuah bandar di utara Tebing Barat namun terpaksa berundur semula, lapor Ghassan Daghlas, pegawai kerajaan Palestin yang memantau kegiatan penempatan Israel di kawasan itu.

 

Beliau mengatakan bahawa pendatang haram Israel dari perkampungan Yitzhar menyerang kediaman penduduk Palestin yang terletak di selatan bandar Assira al-Qiblya, di selatan Nablus, Tebing Barat.

 

Penduduk Palestin, katanya, bertempur dengan para pendatang haram dan berjaya mengusir mereka meninggalkan kawasan itu.

 

Tentera Israel masuk campur untuk melindungi pihak pendatang dan menyerang orang awam Palestin. Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. - Wafa News Agency

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin