PENGUKUHAN KERJASAMA AMAN PALESTIN - WAKAF PULAU PINANG

📌 Alhamdulillah, pada tanggal 16 Julai 2020, Aman Palestin mengukuhkan lagi hubungan kerjasama korporat bersama dengan Wakaf Pulau Pinang demi memperkasakan lagi usaha membantu warga Syam (Palestin, Syria, Lubnan) dan Yaman.

 

📌 Kunjungan balas dan lawatan kerja   Aman Palestin ke Wakaf Pulau Pinang ini dihadiri oleh

👉🏻Haji Roshidi Husin,Pengurus Besar Wakaf Pulau Pinang

👉🏻Ustaz Awang Suffian Awang Piut, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad

👉🏻Ustaz Anas Abdul Wahab, Ketua Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Aman Palestin Berhad

👉🏻Ustaz Mohd Akib Abdullah, Pengurus Aman Palestin Damansara

 

📌 Pertemuan ini menetapkan beberapa objektif antaranya mengukuhkan lagi pelaksanaan gerak kerja Aman Palestin dan Wakaf Pulau Pinang, membina hubungan korporat yang baik demi usaha membantu warga Syam dan Yaman serta bertukar buah fikiran dan pengalaman dalam urustadbir organisasi.

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin