PERGINYA RAMAI ORANG SOLEH SATU TANDA KITA SUDAH DI PENGHUJUNG WAKTU

Kurang daripada sebulan sejak masuknya tahun baru, kita sudah mendengar banyak kematian, bahkan berita kematian ini adalah daripada mereka yang beramal soleh dan berjasa besar terhadap masyarakat.

Kita sudah mendengar pemergian Almarhum Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Bekas Ketua Hakim Negara), Almarhumah Ummi Tintin Kartini (Kakitangan Aman Palestin Indonesia), Almarhum Syeikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber (Pendakwah Indonesia) dan Almarhum Al-Habib Abu Bakar Salim Al-Hamid (Pendakwah Indonesia).

Mereka ini merupakan pendakwah dan penggerak organisasi Islam dan negara yang mempunyai jasa besar dalam membangunkan masyarakat. Kehilangan mereka amat ditangisi oleh segenap masyarakat.

Apabila ramainya orang yang soleh pergi meninggalkan kita, maka ketika inilah masanya untuk kita sedar semula bahawa kita sudah di penghujung waktu. Kita sudah berada dalam zon merah sebelum datangnya tanda kiamat terbesar.

Kepada yang masih tidak menjaga aurat, mulalah dengan sehelai tudung. Kepada yang masih tidak bersolat, solatlah walaupun malas. Kepada yang mabuk dan lalai akan urusan dunia, kembalilah kepada Allah SWT. Bersedialah untuk masa depan yang lebih dahsyat.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin