PILIHAN RAYA PERTAMA PALESTIN SEJAK 14 TAHUN

17 January, 2021

Buat julung kalinya Palestin bakal mengadakan pilihan raya umum setelah 14 tahun sejak pilihan raya pada tahun 2006. Pilihan raya di Palestin juga akan dilaksanakan 3 kali iaitu untuk memilih ahli parlimen, presiden dan pilihan raya umum.

Ketetapan tersebut disahkan oleh Presiden Palestin pada Jumaat lalu. Jangkaan pilihan raya yang akan dilaksanakan di Palestin adalah pada 22 Mei 2021 pilihan raya parlimen, 31 Julai pilihan raya presiden dan 31 Ogos pilihan raya umum.

Sejak kemenangan Hamas dalam pilihan raya pada 2006, perselisihan sering berlaku di antara Fatah dengan Hamas yang menyebabkan beberapa isu tidak dapat diselesaikan. Namun, September lalu kedua-dua parti ini bertemu di Turki dan bersetuju untuk melaksanakan pilihan raya umum buat Palestin.

Sumber : Middle East Monitor

======================

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin