Rakyat Gaza Lancarkan Belon Berapi, Tuntut Hentikan Kepungan

Mohd Qutaibah ismail | 5 September 2021, 10.40AM

 

GAZA - Pemuda Palestin melancarkan belon dari Semenanjung Gaza ke arah kawasan penempatan Israel berdekatan sempadan Gaza-Israel. Belon-belon itu membawa gambar para syuhada dan kata-kata peringatan kepada Israel untuk menghentikan kepungan terhadap Gaza. 

 

Seorang pemuda bertopeng yang mahu dikenali sebagai Abu Malik berkata tujuan mereka melancarkan belon yang disertakan gambar para syuhada yang dibunuh oleh tentera Zionis adalah sebagai ancaman kepada mereka.

 

Baru-baru ini, rakyat Palestin di Gaza kembali meningkatkan usaha penentangan terhadap Israel dengan melancarkan belon berapi ke arah penempatan atau kawasan sebelah sempadan Gaza bagi memprotes sekatan yang menghalang kemasukan barang bekalan dan peralatan untuk tujuan membaik pulih Gaza.

 

Abu Malik berkata lagi, "mesej kami adalah jika musuh terus menyekat Gaza, kami akan menghantar belon berisi api dan bahan letupan yang mampu membakar dengan lebih dahsyat, bukan lagi setakat pesanan atau gambar para syuhada”.

 

Sebagai tindak balas terhadap kepungan yang semakin ketat, rakyat Palestin melakukan himpunan tunjuk perasaan setiap hari berhampiran kawasan sempadan, melancarkan belon pembakar api, dan merancang operasi pada waktu malam seperti melancarkan mercun dan menyalakan api dengan tujuan mengganggu tentera dan penduduk Israel.

 

Belon berapi adalah belon yang dilekatkan bersama bahan mudah terbakar yang akan terapung dan jatuh di kawasan negara haram Israel. Rakyat Palestin mula menggunakannya sejak Mei 2018, sebagai cara mereka menunjukkan pemberontakan terhadap serangan tentera Israel terhadap mereka.

 

Umat Islam di seluruh dunia patut mencontohi rakyat Palestin yang tidak berputus asa mencari jalan dan usaha untuk membebaskan tanah suci umat Islam ini daripada penjajahan rejim Zionis. - Shehab Agency

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin