Rejim Israel Roboh Pangsapuri Dua Keluarga Palestin

SILWAN  - Tentera Israel bersama jentera-jentera berat mereka Selasa lalu menyerbu kawasan Bir Ayoub yang terletak di Silwan, Selatan Baitul Maqdis dan merobohkan dua pangsapuri yang menjadi tempat tinggal warga Palestin, keluarga Ramah dan Ali Audah.

 

Beberapa buah kenderaan polis Israel mengiringi jentera berat yang dibawa masuk bagi tujuan operasi perobohan tersebut. Operasi yang bermula sekitar jam 9.17 pagi waktu tempatan (3.17 petang waktu Malaysia) telah menimbulkan kemarahan warga Palestin setempat.

 

Tindakan rejim Israel merampas tanah dan merobohkan rumah warga Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis merupakan suatu kezaliman dan penindasan yang terus berlaku saban hari terhadap rakyat Palestin, namun masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari warga antarabangsa.

 

Mohd Qutaibah Ismail

10 Ogos 2021, 4.11 petang

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin