Rejim Israel Terima 5000 Permohonan Penyatuan Keluarga

13 September, 2021

Rusydan Yusup | 5 September 2021, 10.36 PM

 

PALESTIN - Berikutan pengumuman oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) bahawa rejim Israel telah bersetuju meluluskan 5000 permohonan penyatuan keluarga, rakyat Palestin berkumpul di luar pejabat Lembaga Urusan Sivil Palestin,- badan yang secara rasmi menerima permohonan bagi pihak rejim Israel-, bagi menyerahkan dokumen mereka.

 

Ribuan rakyat Palestin yang gagal dalam permohonan penyatuan keluarga, hidup tanpa kad pengenalan dan menyebabkan pergerakan mereka tersekat dan meningkatkan risiko untuk dianiaya atau diusir rejim Israel dari Tebing Barat.

 

Isu penyatuan keluarga menjadi perhatian ramai rakyat Palestin yang kehadirannya di wilayah Palestin sejak tahun 1948 (wilayah Palestin selain Gaza dan Tebing Barat) tidak diakui oleh rejim Israel.

 

Mereka ini yang mempunyai keluarga di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza telah memasuki dengan visa sementara atau visa pelancong, sementara sebahagian yang lain telah mempunyai kewarganegaraan lain sebelum permohonan penyatuan keluarga mereka diterima.

 

Walaupun tidak ada data rasmi yang tepat mengenai jumlah mereka yang menunggu permohonan penyatuan keluarga mereka diterima, gerakan kempen Uniting My Right menganggarkan mereka berjumlah sekitar 20,000 orang.

 

Selain mereka yang mempunyai keluarga yang tinggal di daerah yang dikendalikan oleh PA, beberapa orang dari mereka yang permohonan penyatuan keluarga mereka belum selesai, telah berkahwin dengan orang Israel atau warga Palestin yang tinggal di Palestin tahun 1948.

 

Namun, penerimaan rejim Israel yang diumumkan baru-baru ini hanya membabitkan rakyat Palestin yang memasuki wilayah Palestin tahun 1948 dengan visa pelawat atau visa mendapatkan kewarganegaraan dan pasport Palestin, menurut pernyataan oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam.

 

Pemilik kad pengenalan Palestin yang tinggal di Tebing Barat tetapi berasal dari Gaza akan diubah status penempatan mereka.

 

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mereka yang terkesan dengan isu ini menggerakkan usaha di kota Ramallah dan Gaza dan melancarkan kempen media sosial seperti Reunification My Right untuk membantah dasar Israel.

 

*Penyatuan keluarga merujuk kepada sebab mendapatkan hak kewarganegaraan berdasarkan kewujudan ahli keluarga di kawasan yang dipohon.

 

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin