RUMAH CALON PILIHANRAYA DISERANG LELAKI TIDAK DIKENALI

14 April, 2021

Beberapa orang yang tidak dikenali telah menyerang rumah salah seorang calon pilihanraya legislatif Palestin di Hebron, pagi semalam. Serangan dilakukan dengan melepaskan beberapa tembakan yang mensasarkan seorang calon pilihanraya, Hatem Shaheen.

 

hatem Shaheem merupakan salah seorang calon yang dijangka akan menang dalam pilihanraya berikutan kesetiaan beliau terhadap bekas pemimpin Fatah, Mohammad Dahlan. namun dalam serangan tersebut beliau tidak mengalami kecederaan.

 

Mohammad Dahlan menggesa Polis Palestin dan perkhidmatan keselamatan dan juga pendakwaraya untuk membuka siasatan terhadap serangan yang berlaku di rumah Hatem Shaheem. Beliau menegaskan bahawa beliau kemungkinan akan terkorban dalam serangan tersebut.

 

Hamas turut mengecam dan mengutuk serangan yang dilakukan ke atas Hatem Shaheem. Hamas menyatakan bahawa ia adalah satu tindakan yang akan melemahkan proses pilihanraya dan juga memberikan tanggapan yang tidak baik terhadap Hamas.

 

Sumber: Middle East Monitor

 

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin