SAMBUT HARI WANITA SEDUNIA DENGAN NILAI ISLAM YANG KUKUH

8 March, 2021

📌 Zaman ini, peranan wanita dalam masyarakat sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Dalam pelbagai sektor dan bidang, banyak ruang telah dibuka untuk penglibatan golongan wanita. Namun, dalam dunia yang serba maju dan terkehadapan, nilai Islam dan akidah mentauhidkan Allah SWT adalah tunjang utama dalam diri.

 

📌 Untuk menjadi muslimah yang berjaya dunia akhirat, Islam menggariskan batasan yang tidak boleh dilepasi oleh golongan wanita.

 

======================

 

1️⃣ MEMELIHARA MARUAH DIRI

 

Memerlihara maruah diri ini termasuk dalam kewajipan wanita khususnya dalam menjaga diri, keluarga dan keturunan. Setiap perilaku dan percakapan wajib dijaga kerana ia adalah satu cerminan didikan daripada keluarga.

 

======================

 

2️⃣ MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

 

Mempelajari, menghayati dan mengamalkan ilmu mengenai penutupan aurat satu perkara wajib bagi wanita kerana inilah salah satu perkara yang akan menimbulkan fitnah sekiranya tidak dijaga dengan baik.

 

Allah SWT berfirman, "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

 

(Surah Al-Ahzab: 59)

 

======================

 

3️⃣ MENDIDIK ANAK DENGAN DIDIKAN AGAMA

 

Wanita merupakan madrasah terbaik bagi anak. Apabila didikan yang diberikan oleh ibu itu didikan yang benar, maka mudahlah anak untuk berada di jalan yang benar. Namun dititikberatkan juga peranan ayah dalam mendisiplinkan anak.

 

Dalam firman Allah SWT, "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."

 

(Surah An-Nahl : 78)

 

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin