SEKALI LAGI GAZA DIKENAKAN SEKATAN UNTUK TURUN KE LAUT

Warga Gaza sekali lagi mengalami sekatan yang dikenakan oleh tentera Rejim Israel apabila mereka dihalang untuk melakukan aktiviti nelayan dan mencari sumber pendapatan di laut Gaza, menurut Wafa News Agency. Warga Gaza dilarang untuk melakukan aktiviti perairan sejauh 12 batu nautika sehingga notis dikeluarkan.

 

Menurut Office of the Coordinator of Government Activities in the [Palestinian] Territories (COGAT), sekatan tersebut dilakukan berikutan serangan berterusan roket dari Gaza terhadap negara haram Israel, namun pada hakikatnya perkara itu tidak berlaku menurut tuduhan yang dilemparkan.

 

Mujahidin Palestin Hamas juga menyifatkan bahawa tindakan sekatan yang dilakukan ini sebagai satu pelanggaran hak rakyat Palestin secara terang-terangan.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin