SEKATAN BERKUMPUL DI MASJID AL-AQSA DIHAPUSKAN

27 April, 2021

Sekumpulan besar warga Palestin di Baitulmaqdis berkumpul beramai-ramai di pintu Damsyik setelah sekatan berkumpul beramai-ramai di Masjid Al-Aqsa yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Israel dihapuskan. Ribuan rakyat Palestin bersorak gembira dan mengibarkan bendera Palestin setelah mereka dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa.

 

Namun, kegembiraan itu sudah pasti tidak disenangi oleh rejim Israel dan seterusnya bertindak menyerang mereka yang mengibarkan bendera Palestin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen dari minoriti Arab Israel kepada Reuters, “Keputusan untuk membuka semula (sekatan) adalah tepat. Ia adalah keputusan yang betul dan mereka harus berhenti menyerang warga Palestin”.


Sehingga ke hari ini, sekatan-sekatan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin tidak lain adalah untuk mengekang kebebasan rakyat Palestin daripada mendapatkan semula hak-hak mereka di tanah asal mereka.

Sumber: ISMAweb / Agensi

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin