SENTIASA JAGA SOP DALAM MERAIKAN KEMERIAHAN RAMADAN

15 April, 2021

Dalam kegembiraan kita menyambut bulan Ramadan, kita tidak terlepas daripada menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang masih dilihat belum reda terutamanya di Malaysia. Malah di Malaysia juga kes positif tidak menunjukkan penurunan yang drastik dan sentiasa ada turun naiknya.

 

Sebagai langkah penjagaan dan tidak menjadi penyebab kepada penularan wabak COVID-19, umat Islam dinasihatkan untuk terus sentiasa menjaga SOP ketika berjual beli di bazar Ramadan, ibadah berjemaah di masjid dan surau serta penjagaan kendiri di tempat kerja. Umat Islam juga dinasihatkan agar tidak leka terhadap SOP ini dan tidak menggunakan nama atau jawatan untuk melanggar SOP.

 

Sudah pasti tahun ini kita ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung halaman. Namun jika kita menjadi penyebab tersebarnya wabak pandemik ini, maka Ramadan tahun ini berkemungkinan Ramadan yang suram buat kita. Teruskanlah kita jaga kita.

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin