SERANGAN PERTAMA DALAM BULAN RAMADAN DI GAZA

Satu serangan dilancarkan oleh Tentera Rejim Israel dan ia merupakan serangan pertama peluru berpandu yang dilancarkan ke atas kawasan Gaza sejak bermulanya Ramadan Selasa lalu. Serangan peluru berpandu tersebut dilancarkan ke beberapa kawasan yang berbeza dan menyasarkan kawasan mujahidin Palestin Hamas.

 

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu peluru berpandu jatuh ke setiap satu kawasan mujahidin Hamas. Salah satu kawasan yang menerima serangan adalah di tapak Salah Al-Din, selatan Gaza.

 

Serangan-serangan seperti ini sudah dijangkakan oleh penduduk Palestin dan mereka sentiasa berwaspada akan serangan yang dilancarkan. Tahun-tahun yang lalu juga menceritakan kisah yang sama apabila setiap kali memasuki Ramadan, pasti serangan peluru berpandu ini menjadi serangan yang dianggap 'wajib' untuk dilancarkan ke atas kawasan Gaza.

 

Sumber: Days of Palestine

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin