Serbuan, Tangkapan Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Al-Quds

Mohd Qutaibah Ismail | 23 Ogos 2021, 04.33 PM

 

Tentera Israel telah melancarkan operasi serbuan dan tangkapan di beberapa kawasan di Tebing Barat, Al-Quds dan kawasan arkeologi di Nablus sejak 2 hari lalu. 

Pada waktu tengah malam, tentera Israel dengan sejumlah rakyatnya telah menyerbu bandar Sebastia dan Masoudia, utara Nablus.

 

Pertempuran  antara pemuda dan pasukan Israel telah meletus di pusat Bandar dengan tentera melepaskan tembakan gas racun dan peluru getah. Khaled Azem, salah seorang mangsa dari penduduk Nablus dipukul dengan kejam dan ditahan beberapa jam, kemudian dibebaskan setelah disoal siasat. 

 

Pertempuran di kawasan arkeologi Al-Masoudia berlangsung beberapa jam sebelum penduduk Israel berundur di bawah perlindungan tentera Israel.  Di sebelah Barat Jenin, tentera Israel telah menyerbu kawasan kedai dengan membaling gas pemedih mata terhadap pemuda-pemuda  yang menentang mereka mengakibatkan beberapa daripada mereka sesak nafas. 

 

Menurut sumber tempatan, tentera Israel menyoal siasat beberapa orang  pemilik kedai di kawasan tersebut serta merampas rakaman CCTV di kedai mereka. Di Ramallah pula, tentera Israel telah memukul serta menahan seorang pemuda Musa Harsha serta menyerang ahli keluarganya yang lain di Bandar Beit Zeit, sehingga mereka terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

 

Di Qalqilya, tentera  menahan pemuda Ayman Ali, setelah mereka menyerbu dan menggeledah rumahnya di kota Kafr Qaddoum, di sebelah timur. Beberapa  kenderaan Palestin yang melintas di persimpangan kampung Kafr Laqif, distrik Qalqilya telah diserang tentera Israel pada waktu malam. Di Al-Quds pula,  Amir Hazem Al-Sayyad telah ditangkap ketika beliau berada di depan rumahnya ketika pertempuran sedang berjalan di kejiranan Al-Tur di Bandar Al-Quds yang dijajah. 

 

Tebing Barat pula menyaksikan peningkatan serangan harian penduduk Israel ke atas tanah dan warga Palestin di berbagai wilayah di bawah perlindungan tentera Israel. Kawasan yang terpisah antara Tebing Barat dan Al-Quds juga menyaksikan serangan dan penangkapan dan kekerasan terhadap penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. 

 

Laporan berkala yang dikeluarkan oleh pejabat media Hamas di Tebing Barat mencatatkan 3,886 pelanggaran hak yang dilakukan oleh Israel pada bulan Julai. Laporan tersebut mencatatkan 115 serbuan di rumah warga Palestin dan 325 serangan di perbagai daerah di Tebing Barat dan Al-Quds, di mana tangkapan Israel direkodkan seramai 406 warga tempatan , termasuk wanita dan anak-anak.

 

Serbuan dan penangkapan Israel adalah jenayah antarabangsa yang sepatutnya diadili oleh dunia yang cintakan keadilan dan kemanusiaan. - Shehab Agency

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin