Ta'un di Yaman Petanda Pemimpin Perlu Bertindak Lebih Agresif Membantu Rakyat

Miftahul Khair | 14 Oktober 2021, 11.20 AM

YAMAN - Laporan WHO menyatakan sejak 27 April 2017 hingga 30 Disember 2020 merekodkan sebanyak 2,484,979 kes Ta'un (Cholera) yang melanda Yaman. Daripada jumlah yang dijangkiti, 3,852 warga Yaman meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Ta'un yang berjangkit atas bawaan air yang tidak bersih ini memberi kesan besar dalam pergerakan masyarakat seharian sehingga mereka sukar untuk mendapatkan khasiat untuk badan berikutan air yang membawa penyakit. Menurut laporan tersebut juga, daerah yang mempunyai kes 100,000 ke atas termasuk Hajjah, Amran, AlMahwit, Sana'a, Ibb, Taizz, Al Hudaydah, Al-Bayda dan Dhamar.

Keadaan ini perlu ditangani segera oleh para pemimpin Yaman dan sewajibnya menjadi tuntutan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Yaman. Namun, perang di Yaman tidak kelihatan penghujungnya dan ia menjadi ancaman besar buat rakyat yang tidak bersalah.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin