TITAH AGONG AGAR RAMADAN DISAMBUT DENGAN PENGISIAN YANG BERMAKNA

12 April, 2021

Dalam usaha rakyat Malaysia menyambut Ramadan, titah yang Di-Pertuan Agong KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

 

Dalam titah baginda dalam Siaran Media yang dimuat naik laman Facebook Istana Negara, Baginda YDPA Agong bertitah kepada seluruh masyarakat untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai bulan untuk mengaut keberkatan demi meneguhkan lagi ketaatan dan ketakwaan diri serta memperbanyakkan amalan soleh. Masyarakat juga diseru untuk terus mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermakna dan menggandakan ibadah serta mengukuhkan lagi ukhuwah saudara sesama Islam.

 

Tidak dinafikan sejak wabak pandemik COVID-19 ini melanda, ramai masyarakat yang terjejas dan tidak mampu menjana pendapatan seperti kebiasaannya. Namun pada Ramadan kali ini, pastikan setiap doa kita diterima Allah SWT dengan cara kita sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin