Ucapan setinggi penghargaan Ismail Haniyah kepada Ziyad al-Nakhalah

Ammar Akib | 8 September 2021, 3.00 AM

 

GAZA – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah menghubungi Ziyad Al-Nakhla, Ketua Gerakan Jihad Islam, atas kejayaan 6 wira Palestin melepaskan diri dari penjara Gilboa, semalam. Hal ini membuktikan kelemahan sistem keselamatan Israel.

 

Ketua Gerakan Jihad Islami menegaskan bahawa kemenangan ini memberi tamparan hebat buat Israel akan kelemahan sistem keselamatan mereka dan memberi inspirasi buat rakyat Palestin tentang isyarat pembebasan Palestin semakin hampir.

 

Dalam masa yang sama, Ketua Biro Hamas menekankan bahwa keperluan untuk menjaga keselamatan 6 tahanan palestin dan menempatkan mereka di kawasan yang selamat bagi meneruskan agenda perjuangan ini.

 

Mereka bersetuju akan misi bebaskan tahanan kita di setiap pos kawalan Israel adalah menjadi keutamaan.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin