WDR PRINTINGS ZAHIR SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN MELALUI AMAN PALESTIN

31 May, 2021

30 Mei 2021 bersamaan 18 Syawal 1442H 

 

🔹 Alhamdulillah hari ini berlangsung majlis penyerahan hasil kutipan jualan amal oleh pihak syarikat WDR Printings sebanyak RM80,000 untuk Tabung Bantuan Kecemasan Aqsa & Gaza bertempat di bandar baru tunjong, pejabat Aman Palestin Berhad Caw Kelantan. 

 

🔹 Kutipan diserahkan oleh Ybrs. Encik Hafizal diiringi isteri beliau, Puan Suzaimi selaku Pengusaha Syarikat WDR Printing kepada Encik Mohd Salmi, pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Kelantan. 

 

🔹 Jualan amal ini berjalan sepanjang tempoh 12 hari bermula pada 15 Mei 2021 hingga 25 Mei 2021 dengan 4 jenis reka bentuk baju bertemakan Palestin dengan Rm10 setiap baju akan disalurkan terus ke Tabung Bantuan Kecemasan Aqsa & Gaza.

 

🔹 Kami di seluruh Aman Palestin mendoakan agar Allah Taala memberkati dan merahmati seluruh team WDR Printing atas usaha murni ini sebagai solidariti buat saudara seIslam di Palestin. Serta semoga juga team WDR Printing terus maju ke depan dan dimurahkan rezeki selalu dalam perniagaan. 

 

🔹 Terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat media seperti TV3, Berita Harian dan Kosmo kerana sudi hadir pada majlis ini. Semoga kalian semua dalam jagaan Allah Taala selalu. 

 

#AmanPalestin

#WdrPrinting

#KamiPilihAmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin