Yaman Bakal Menjadi Negara Paling Miskin di Dunia Tahun 2022

21 November, 2021

Miftahul Khair | 21 November 2021, 5.30 PM

YAMAN - Krisis kebuluran, kemiskinan dan kematian di Yaman berlaku peningkatan tahun demi tahan dan dijangka Yaman akan menjadi negara paling miskin pada tahun 2022 dengan kes penyakit yang tinggi dan kemiskinan yang melampau.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh UNDP, mereka mendapati bahawa keadaan Yaman yang tidak stabil membawa kepada kemiskinan yang melampau dengan anggaran lebih 11.7 juta rakyat Yaman berada dalam keadaan tersebut. Tidak kurang juga mereka yang mengalami penyakit malnutrisi melebihi 4.9 juta rakyat Yaman dan 600,000 di antara pesakit malnutrisi tersebut adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Krisis Yaman yang tercetus pada tahun 2015 membawa kepada peperangan besar yang mengakibatkan ratusan ribu nyawa terkorban dan sistem kehidupan masyarakat yang semakin hari semakin merudum. Tindakan segera perlu diambil pemerintah Yaman agar rakyat kembali terbela dengan hak-hak yang sewajibnya mereka miliki.

 

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin