YDPA SERU SELURUH RAKYAT MALAYSIA ZAHIR SOLIDARITI BUAT FRONTLINER

19 January, 2021

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersolidariti buat barisan hadapan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Mendengar seruan YDPA, rakyat Malaysia diseru agar menzahirkan solidariti sebagai satu sokongan padu rakyat kepada barisan hadapan. Dalam masa yang sama, SOP dan segala perintah yang diarahkan untuk mengekang penularan COVID-19 wajib untuk dipatuhi.

Ayuh kita landaikan semula graf kadar kes harian COVID-19 di Malaysia dan semoga kita mendapat semula angka sifar kes COVID-19 di Malaysia.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin