Aman Palestin Bakal Menghantar Misi Bantuan Ke Yaman

Ismail Juffri | 2 November 2021, 9.00 AM

AMPANG - Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut dalam pertemuan dengan Kedutaan Yaman di Ampang pada 1 November (semalam) menyatakan kesediaan Aman Palestin menghulurkan bantuan kepada rakyat Yaman yang memerlukan dan akan membuat persiapan misi ke sana.

"Kesengsaraan rakyat Yaman turut memberikan kesedihan rakyat Malaysia dan kami memandangnya dalam konteks yang lebih luas iaitu ukhuwah Islamiah!", ujar Awang Suffian.

Dalam pertemuan selama sejam tersebut, pelbagai perkara dibincang bersama Dr. Adel Mohamed, Duta Kerajaan Yaman Ke Malaysia termasuklah situasi terkini, keperluan rakyat Yaman dan perancangan misi bantuan ke sana.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Muhd Farhan Muhd Fadhil (Pengurus Besar Pemasaran) dan Ismail Juffri (Pengurus Media dan Dokumentasi).

© All rights reserved 2024, Aman Palestin