BANTUAN KECEMASAN BUAT PALESTIN

29 April, 2020

BANTUAN KECEMASAN BUAT PALESTIN

Aman Palestin telah memulakan gerak kerja dalam menangani penularan wabak COVID-19 di Palestin.

Gerak kerja dimulakan di bandar Hebron yang dikendalikan oleh petugas-petugas Aman Palestin Gaza dengan kerjasama Islamic Society of Hebron penyelarasan bersama Pertahanan Awam Palestin dan pihak berkuasa tempatan.

Alhamdulillah, dalam usaha ini terdapat banyak tempat yang telah disanitasikan terutamanya di bandar lama Hebron dan kawasan sekitar Masjid Ibrahimi di Hebron.

Dalam usaha ini juga, Aman Palestin mensasarkan beberapa tempat lagi yang akan disanitasikan bagi membasmi penularan wabak COVID-19 termasuk di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Teruskan bersama Aman Palestin. Dengan usaha kita membantu Palestin dengan konsisten, ia dapat membantu menghentikan penularan wabak COVID-19 di Palestin.

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#10forsmiles

© All rights reserved 2020, Aman Palestin