Faid Samim, Tangisan Warga Yaman Buat Seluruh Dunia

13 October, 2021

Miftahul Khair | 13 Oktober 2021, 9.30 AM

YAMAN - Salah seorang kanak-kanak yang terkesan akibat peperangan adalah Faid Samim, kanak-kanak yang berusia 7 tahun tetapi melihat keadaan diri beliau, jelas menunjukkan beliau membesar dalam keadaan yang amat kekurangan zat.

Awal tahun lalu, media antarabangsa Reuters melaporkan keadaan Faid dan mendapati beliau hampir kehilangan nyawa sebelum dibawa ke hospital. Berat beliau hanya 12 lbs (anggaran 5 kilogram) sahaja. Faid disahkan menghidap CP (Cerebral Palsy) dan malnutrisi teruk.

Hanya dengan satu kisah ini mampu mewakili seluruh kanak-kanak Yaman yang berhadapan dengan malnutrisi. Tidak cukup dengan penyakit, warga Yaman juga berhadapan dengan bencana alam yang tidak dapat dielakkan antaranya banjir besar dan kemarau yang berpanjangan.

© All rights reserved 2021, Aman Palestin